Escape from reality

Dec 27, 2011

S C H OO L :O

Bahangnya kian terasa :D

Tadi tengah hari umi ajak pergi buat kad bank #ching. Sesungguhnya begitu lama tidak merasa kad bank sendiri. Kad bank hilang kan, nak buat cane. Batak sekejap. Lepastu pergi Jusco Wangsa Maju. 

Beli kasut sekolah -.-"

Tah berapa kali aku ulang alik naik atas turun bawah naik atas turun bawah. Peh naaaaat :'O
Lepas satu satu aku try. Takde size lah, tak muat lah (sama je), tak cantik lah, macam budak lah. Banyak songeh. Yang bengang nya kena cari yang takde line. Aku dah ada berkenan satu kasut. Tapi ada line pulak. Kejadah hape lah Maahad tak boleh pakai kasut ada line. Zaman sekarang ni payah bro nak cari yang takde line. Semua dah update, dunia dah maju. Celik lah mata sikit -.-" Nak harap Diadora, Line 7 je kot yang takde line YANG UPDATE sikit. Yang B-First memang lah belambak. Podah -.-"

Nanti flight balik Kelantan 31st Dec. 6.30 AM. Lagi 4 hari -.-" tau tak 4 hari tu singkat? Pehh, kain Fasha Sandha pun tak sesingkat tu. Selamat tinggal semua :'( Mama will miss you so much. Ahaks gedik nyewr.

Hargai lah 4 hari ni, sebum jalani setahun bersekolah.


Dec 25, 2011

96 REUNITE :D

Okaaaaaayyyy, Assalamualaikum dunia :D harini nak cerita pasal reunion skolah den. 


Date : Saturday
Time : 11 - balik
Venue : KFC & Wangsa Walk.

At first, memang lah ramai gila somangek nak datang. Kata rindu lah apa lah, nak jumpa lah. Sesampainya terkeluar pasal reunion, lepastu Balqis suruh aku handle. Pundek -.-" Aku pun tak lah berkobar sangat tapi dah diorang nak kan, jadi berkobar jugaklah aku nya pon. 

Hari Jumaat aku kena balik kampung, nak jadi cerita nya. Peh aku dah berdebar gila kalau lambat sampai kat reunion. Kejadah hape handler pun lambat HAHA. Lepas balik dari kampung hari Sabtu tu, aku tukar baju (sepantas kilat), ambik camera lepastu blah dengan Umi.

***dalam kereta***
Umi slowtalk dengan aku -.-" Dengar jelah kan. Menusuk kalbu jugak. Mendalam ~

Dah sampai tu aku nampak Daniel dengan Faiz Izzat. Seriously rasa macam turns to old school studs xD taram jelah masuk, sikit gila orang -.-" Bal pun cakap, half lelaki kat belakang. Kejar nyamuk lah tu kan HAHA kena faham lah, bukan budak sekolah rendah lagi dah. Its norm. Lepas makan apa semua, Amany blah. Nak pegi Melaka punya pasal. Lepastu pegi jalan kaki tuju WW. Aku berkobar gila nak tengok wayang! Budak laki naik motor -.-"

Dah sampai tu aku dilema. Macam aku je yang tersepit antara 3. Boys, Girls and myself :B lelaki ajak aku bowl, perempuan nak main archade. Aku nak wayang -.-" Last sekali tiga tiga aku redah. Aku pergi tempat bowl dulu. Tapi tak main, setelah berkira kira aku pun bangun lah, nak pegi beli tiket wayang. Tengok sorang pun jadi. Titibe Danish pun membuat soalan pelik "Nak tengok sorang ke?" aku pun mengajak jelah dia. Kitorang pun pergi lah tengok tiket. Sekali lagi aku tersepit. Nak tengok Alvin ke Missin Imp. Disebabkan si Danish dah tengok Mission Imp, aku pun wujudkan lagi satu pilihan. Suatu Malam Kubur Berasap. Last sekali tengok cerita tu -.-" melepas Alvin aku.

Lepastu jalan pergi archade pulak. Melawat mereka. Ada gak lelaki main sini. Ambik gambar sat, aku pun promote lah diorang tengok wayang sekali. Tak sedap pulak aku dengan Danish je kan. Ada orang cop dah do HAHA. Lepastu Fahmin, Arif dengan Faiz pun join. Jadinya aku sorang je perempuan (masih kesal) -.-"

Lepas solat Zuhur bergegas lah ke panggung. Masuk sekali lah semua. Janggal gila aku sorang perempuan :O bantai jelah, kawan sekolah rendah je pun. Cerita tu best lah. 3 bintang dari 5 aku kasi rating. Sebab lawak. Boleh kira lah. Lepas keluar wayang tu, budak yang lain sume dah blah. Tanpa khabar berita pun. Dan aku masih sorang sorang perempuan kat situ (masih dan masih kesal) Fahmin pun nak blah. Lepastu Faiz ajak lepak fc. Borak borak. Sesungguhnya aku baru tahu WW ada fc. Lame-O gila! Duduk tak sempat order apa titibe Fahmin muncul. Kunci motor dia hilang. Jadi cerita pulak. Cari lah kejap. Lepastu balik, sebelum jumpa kunci. Sorry bro, mak aku nak amik.

Malas cerita panjang, itulah kisahnya. Aku rasa nak penggal kepala sorang sorang yang cakap confirm tapi tiba tiba tak muncul. Binawe. Tapi apa apa pun, terima kasih kepada yang hadir. Happy :)


Sorry gambar tak upload. 
Ada dekat group pictures only.




Dec 22, 2011

Segalanya telah tertulis :)


Dah dapat result. Apa pun tak boleh dibanggakan. Lansung. 3 jam menunggu, ni yang aku dapat akhirnya. Aku sedih sangat -.-"

Pagi pagi lagi tidur aku macam tak kena. Lepastu Ulfah pun call. Cakap pasal result, bla bla bla. Lansung tak boleh nak sambung tidur dah lepastu -.-" Sumpah rasa takut aku makin banyak. Makin menebal. Makin menular. Bukan aku cakap aku pandai, tapi aku target tinggi jugaklah. 

Lepas satu, satu, dapat result. Aku dah makin berdebar. Orang makin ramai tanya result. Makin memekak handphone aku orang call. Sorang pun aku tak jawab. Takut. Lepastu solat Zuhur. Hati aku berdebar masa aku solat Hajat. Hati aku kuat sangat berdetak. Aku taktau kenapa. 

Lepas aku on balik handphone. Dapat text dari Hasya. Jantung aku gugur separuh. Apa yang aku target, hancur sama sekali. Tapi still ragu ragu. Hasya tak berapa pasti. Aku suruh mak aku call sekolah. Pastu aku mintak maaf kat mak aku. Aku mintak maaf kalau aku dapat rendah. Terus mak aku call sekolah. 

Supermom is calling. Time tu aku ketar sangat nak angkat handphone. Aku kumpul kekuatan lama.  Aku rasa tak sanggup dengar. Apatah lagi suara mak aku sendiri yang bagitau. Aku tak sanggup. Dan ya, betul apa Hasya bagitau. Suara mak aku down sangat. Down sedalam dalamnya. Mesti mak aku kecewa nak mampus dengan aku. Mesti. Aku ni macam takde benefit pun. Bukan buat naik nama keluarga. Bukan buat mak bapak bangga. Lepas mak aku cakap result aku, aku terus letak. Aku dah tak sanggup. Lepatu aku menangis macam orang gila macam orang bodoh sorang sorang. Hakikat, aku bodoh. Boleh dapat setakat tu je. Macam tak belajar. Macam tak pandai jawab. Apa dalam otak aku time exam haritu? Aku pun taktahu. Cacing je banyak. Otak udang pun boleh kira -.-"

Macam mana aku nak face orang lepasni? Msti diorang akan tanya result. Mesti. Dan mesti time tu aku rasa nak penggal kepala orang tu takpun aku bagi tembus jantung dia pakai garfu. Tolonglah. Aku malas nak ingat.

Apa apa pun, aku dah start redho. Aku menyesal pun takde guna. Semuanya dah termaktub. Benda yang aku cite kat atas ni pun dah terjadi. Bukan rekaan. Hanya kena terima dengan hati terbuka. Setakat tu je Diba, kau memang boleh setakat tu je. Jangan salah kan orang. Kau yang bersalah atas diri kau sendiri. Nak carut apa semua pun kat diri kau.


Kena tanya diri sendiri, kau usaha kuat tak Diba? Kalau cakkap usaha kuat pun, tak lah sekuat orang lain. Tak lah sekuat harimau. Kau study pun handphone kat bawah selimut kan? Kau periksa periksa pun bawak benda haram kan? Siap kena rampas lagi. Kau bukan selalu sangat buat solat hajat lepas habis PMR. Doa untuk result kau, jarang sangat. Kau tak fikir ke kau ada ke buat dosa kat orang lain? Buat salah ke. Orang tak suka kat kau ke. Pernah kau fikir. Kau ego je tinggi. Muka nak terbaik je macam mintak penyepak. Sombong kemain. Kau ada fikir? Tu salah atas diri kau.

Apa apa pun aku bangga sebab aku tak meniru lansung. Aku bangga. Dan aku bangga ada kawan kawan yang bijak pandai macam korang. Tahniah yang dapat full, sampai mati aku jeles dengan korang :') 

For the next step, biarlah takdir yang menentukan. Kalau takdir aku dapat rendah sebab kena stay MMP, aku redho. Allah tau apa yang Dia buat. Aku yakin dengan apa yang dah termaktub. Segalanya. Selamanya. 

Subject killer aku lepasni akan berubah. 
BM BA masuk list :)

Dec 21, 2011

Dia yang datang, bukan kita yang pergi .

Malam ni, semua lutut budak PMR tengah berketar habis. Tak kira yang masih terjaga atau dah lena.

RESULT
penentu segalanya

Sape tak cuak mak oi. Ni pun nasib baik kakak ada idea berlian ajak aku layan wayang esok. Melayang habesss ~ Lupalah aku nak check result nanti. Apa apa pun, doa dan tawakkal je kat Allah. Dari fikir negatif kemain (aku la ni), takut sana takut sini. Penuh news feed malam ni pasal result saja. Esok? Taktahu -.-"

Nak cer la, aku rasa kawan kawan aku dah semakin matang. Umur, yelah nak kata tua tak lah sangat 15 tua. Tapi serious matang lah. Cakap pun macam orang besar. Pedas membisu habaq hang. Yang seriously boleh buat aku senyap dan berfikir.

"Tak baik pikir pelik pelik. Allah berfirman : Sesungguhnya Aku bersama sangkaan hambaKu."

"Allah ni kalau Dia nak bagi, Dia bagi. Aku takut Dia taknak bagi, mungkin nak hindarkan aku dari benda jahat. Bila dah berjaya, macam macam perasaan ada. Ujub, riak, takbur."

Fikir fikir kan la. 

Semoga berjaya semua. 
BUM, VOC and others :P


Dec 15, 2011

Advance pulak rasanya :B

Peh dalam 2 hari ber-online di malam-pagi, aku ni macam nak terjah semua site pun ada :O
Malam semalam secara tak lansung aku buat acc formspring. Harini buat acc Twitter. Nampak macam 'darrak' tapi actually semua tu aku dah buat setahun lepas. Manusia lupaaaaa, password tak hengat dan tergendala segalanyaaa :) So buat balik and having fun. Dadaaaa aku bosan -.-" Bye :')


Dec 14, 2011

Ombak Rindu


I've seen it :3


Dec 11, 2011

Bila Nurin pulang ke rumah ...

Hella Fellow :) HAHA kenapa title macamtu? Its about this huge lil freak B2ST. Gosh, they're gorgeous :3


Oh tak berapa nampak eh? Tak berapa jelas eh eh? Kejaaaaap...

Okay check this out :)


From left : Dong Woon, Doo Joon (captain) , Gi Kwang, Yo Seob, Hyun Seung, Jun Hyung.
Sumpah diorang dance bapak Grand. Well, the main dancers are Gi Kwang and Hyun Seung. The main vocalist is my Yang Yo Seob :) and the rapper, Jun Hyung. Woahaha, lagu diorang best gila gila gila. Peh putih mata aku @.@

Well hell yeah, im addictor of this cute lil fella! Yang Yo Seob :)


 To not seen so obvious, aku taknak ah describe pasal dia kat sini. Nanti tak boleh berhenti :3 His voice will actually make me smile. Aku tak tipu. And oh, saje letak gambar ni even beribu gambar comel dia. Gambar ni aku tangkap sendiri. The ring on his finger, tu couple ring kitorang ^^ harap jeles okay. HAHA we're getting married after he went on Islam and turns to Yusoff somehow :9
psst , muka dia ada macam kawan aku sorang :3 HAHA lebih kurang la. Nak number tepon, mintak aku okayy :D


There they are :) Aku sumpah taktau nak cakap apa dah. Everytime aku tengok muka diorang je, aku rasa fall in love GILA! Huh, maybe im not a Korean-addictor. But i AM one of the B2UTY :)

Peh, aku amat amat sayang kalau ada yang pergi kat web http://kpoproyaltygoods.spreadshirt.com/b2st-C89761D2P30 lepastu tekan purchase untuk mana mana yang cantik. Aku sumpah sayang :3

Yeah, ni sume sebab Nurin balik rumah. Kalau tak aku tak la gila macamni, putih mata putih mataa @.@




Dec 4, 2011

He's my Man. Oh maaaaaan ~

I just found this angel. This blue eyes angel. Oh maaaaaaaan, he's HUNK!


Look the way he's staring at me! Hati aku cair hati aku cair. Wak, dah la tengok ite. Mata awak dah la biru. Kite dah la suka tengok mata awak. Tapi kalau awak tengok kite lama lama dengan mata biru awak tu, kite boleh berhenti bernafas tau wak. MUAHAHA wonder if he knows how to speak Malay :P

Oooookay, i met this guy time movie marathon ah. Kak Mas punya HD. Kak Mas, i owe u. Big time for this. Tengok cerita Blind Dating. Tadaaaaa ~


Even dia buta dalam ni, still nampak gojes sebab mata biru bling bling dia. Oh-my-gosh. Tak tahan gila kot. Dah la in love dengan Indians. Baik dengan aku. Hazel eyes girl :P #penghasan je.

Then dipertemukan jodoh sekali lagi bila tengok cerita Just My Luck. Tadadadaaaaa ~


Well, yang ni kira boleh diterima sebab dia in love dengan Lindsay Lohan. Tapi benda yang tak boleh terima, apesal diorang kena kiss everytime nak tukar nasib -.-" buat la geletek ke, tampar ke, sepak kaki ke. Tak payah ah kiss. Aku punya do -.-"


Aaaaaaand now, he's smiling at me like gorgeous! 
Oh maaaaan, u suck a lot :D 

His name is Chris Pine. Officialy being mine wekk wekk.


Hello Baby Bear xD



HIKHIK dapat bear baru ^^ terima kasih terima kasih.
Well hell yeah its pink. Ada fewewo wosheeey tau dalam mug tu. Dalam rose tu jugak HIHI.
Nak makan, tapi Nurin suruh tunggu dia pulak -,-" 
Ni second teddy aku. Nak bagi nama apa eh :) ? Habis ah Kiki terancam lepasni.


"Nanti i bagi roses and chocolates."
Yeah, dah bagi dah pun HAHA.


Dec 3, 2011

D'Forever Members :)



I miss them. Like A LOT! Bila tah nak jumpa lagi. Budak Kelantan dah gath banyak kali. Yang KL memang harapan ah. Ulfah nak datang rumah next week pun aku nak buat sujud syukur 5 hari. Rindu nak mampus do. 

Korang ingat tak kite salu je kelam kabut turun blok sebab dah lambat. Kalau lalu rumah Ustaz Mad Noor tu mau semua bajet baik tunduk je buat muka suci. Lepastu semua sumpah seranah nak tumbuk muka Ustaz HAHA.


Korang ingat tak kalau kite lambat sangat pastu lari lari nak keluar pagar. Farhana lah paling rock. Nampak benor tidak kesempatan dia tu. Lari dengan pakai selipar, pegang stokin dengan kasut HAHA. Tapi dah nak dekat exam ni macam bagus je semua. Turun blok awal sebelum pengiraan lagi :)


Korang ingat tak kite balik sekolah ramai ramai. Macam Grand je kan BUM balik macam tentera. Ramai ramai HAHA. 


Korang ingat tak time kita ramai bawak phone pegi sekolah. Lepastu Ustazah Hasnin buat spotcheck kelas Cipah. Fana yang juah disana sanggup datang kelas aku nak sampaikan berita xD lepastu lepastu kite pun kalut nak sorok. Nak bagi budak exam memang payah ah. Last sekali aku offer diri terjun tembok. Lepas pada tu terseliuh kaki. Padahal nak trial dah time tu. Last sekali berbalut la kaki aku masa trial :) takpe, aku tak kisah. Asal phone kite selamat sudah HEHE.


Korang ingat tak dulu time form 1 ngan form 2 lebih kurang hari hari kite keluar KB tu. Biar tak beli pape pun. Nak hirup udara segar je HAHA. Nak cari pasal ngan Ustaz Mad Noor pun ada :) 


Korang ingat tak masa form 2. Budak blok C la. Maggi kite tak penah putus stok kan :) ? Kembung habis perut aku. Lepas PMRU je terus bantai 5 bungkus sekali gus HAHA. Padan la aku ada masalah perut pun :P


Korang ingat tak time form 1 kite kena rotan ramai ramai? :D aku pasal handphone aku yang misteri tu xP Tasneem dengan Ulfah sebab masuk PT pakai baju sekolah. Biar dengan Umi Tasneem pun. Fana, sebab bising dalam bilik? HAHA melawak je Razan boleh lepas. Mulut lancang do cakap ngan Ustaz sampai lepas.


Korang ingat tak kalau nak keluar jauh sikit ke, KBMall ah lebih kurang. Kite pun tukar baju kat tandas. Konon malas nak cari pasal ah mula mula pakai baju asrama. Pastu nak tukar balik tengok tengok ada orang dah ambik baju asrama kite HAHA. Gelabah ah. Balik je dengan baju kurung shawl macam tu.


Korang ingat tak kite nangis ramai ramai (kecuali aku) kat bumbung sebab Jatul nak pindah? Mula mula suruh aku ngan Fana nyanyi lagu perpisahan ah konon. Baru part tu, semua dah leleh. Lemah betul aku -.-" pastu time speech tu Wani pun bangun secara tiba tiba bawak diri. Aku sebagai orang yang tak menangis, pegi la pujuk :) korang semangat habis ah call mak Jatul beribu kali taknak bagi pindah sampai Jatul marah HAHA.


Korang ingat tak kite pegi Piknik? Kem budak masalah. Form 1 lagi dah pegi. Form 2 form 3 memang tersenarai lah. Form 3 tu nasib baik la buat kat asrama ramai ramai. Budak skema jeles nak jugak :P Best gila yang form 2 punya. Time nak tunggu turn mandi tu. Fana ngan Razan berdiri kat tepi tandas (pakai towel :P) lepastu ada orang menjerit "Pacaaat!" Razan pun melompat sakan ah jerit jerit. Kitorang ni duk cari la mana pacat kat kaki Razan. Tengok tengok pacat tu kat kaki Fana HAHA. Dah gemuk dah pun. Gelabah je Razan nak lompat lompat.


Lepatu ada muhasabah diri :) Before tu dia suruh sape buat salah mengaku angkat tangan. Part sarung kaki BUM lepas :) Part anak tudung, half BUM angkat tangan! HAHA kena la pusing dewan tu 10 pusingan. Aku lari belakang Fana. Dalam pusingan 5,6 camtu la. Tiba tiba si Fana ni tersadung playwood. Tak penah ada orang tersadung pun time lari banyak pusingan ni dia pulak jatuh xD aku yang duduk belakang dia ni trkaku kejap. Tak tau nak tolong angkat ke nak tolong gelak HAHA. Dah la tersadung, terjatuh tu memang normal. Ni siap tudung pun terbukak sekali HAHA kantoi habis ah tak pakai anak tudung xD 


Korang ingat tak budak budak form 1 takut dengan kite? Aku rasa muka kite dah habis normal dah. Aku jelah kot garang sikit HAHA. Patu tiba tiba kat masjid ada budak hantar kat Ustaz "Kak BUM senyak sikit deh" natang ah budaak tu pun HAHA. Ada satu hari tu ada pulak budak hantar "Kak BUM ni cantik la. Baik hati pulak tu" Mau terkembang kempis kite semua time tu. Tapi malang ah kite tak dengar sebab kite semua tidur time tu HAHA terbongkang atas masjid :) bangun bangun je orang semua pandang pastu cakap kak BUM cantik kak BUM baik la HAHA. Muka sememeh je semua tak paham pape :D 


Lepastu ada spy exco kite bagitau exco ada mengumpat pasal BUM. Diorang tengah bincang nak tegur macam mana bila budak budak bising dalam masjid. Lepastu ada yang cakap "Cane nak tegur BUM? Diorang bising pun sebab baca buku. Cakap cakap tapi buku ada atas riba" HAHA kembang habissssss. Padahal sebab time tu nak PMR je pun. Tu yang rajin semacam je semua HAHA. Tapi kawan kawan aku memang semua rajin lekat dengan buku :) 

Kalau nak list semua benda yang kite semua buat memang penuh la satu blog aku ni. Banyak sangat sampai aku pun tak ingat. You guys are amazing :) Aku harap the next ten years, kite boleh gelak sama sama ingat semua benda yang kite dah buat. Semua kenangan yang kite dah cipta. Forget you never babes :')

Ingat tak ni? Paper Englis PMR :)

"... teenagers will look for long lasting relationships."
"... they continue their friendships with those who share similar interests with them and who would be with them through good or bad times."
"...they would also try to make friends with those who would share their success and failures."

And also would be together comes hell or high water. 
Come stiches or white plaster :)

Nov 22, 2011

Messed Up .

I miss BUM. I miss The Maahadians. Sudden feelings. Hands down.


This aint no killing Buddy.


Nov 21, 2011

I am Proud To be Malyasians .



Alhamdulillah, Malaysia won the game :') You guys really did a great job. Thumbs up (Y)

Semua orang gila kat Apek, 
aku gila kat Fakri HAHA :P

 

Nov 18, 2011

Lucky to found you guys :')

I have many friends. I love to befriend with anybody by the way :) 

4IE. The first clans :) Azielah, Lathifah and Maiesyah. Sumpah aku teringat korang gila gila sebab kita Grand habis time sekolah rendah dulu kan :) ? Best gila kawan dengan korang. Budak budak lagi time tu, gaduh baik gaduh baik HAHA macam tah pape je xP Semua cikgu kita macam boleh redah je kan? Apa apa mintak je, dapek punyooo :D Sumpah rindu. Jumpa memang tak dapek nak nolong ah, memang jarang. Kalau dapat balik kat zaman sekolah rendah, ill spend it with bloom with you guys :)  And also not forgetted, SRAISC batch 96. You rock maaaaaaan.

Masuk Maahad buat clans baru. BUM. Stands for Bukan Untuk Mereka and also Born Ultimate Members :) Well, there are eight of us. Dekat first post ada gambar kitorang :) Anis, Razan, Farhana, Ulfah, Taneem, Hasya, Kasyifah. Standing together come hell or high water :') Well, dalam PMR pun ada keluar pasal friends. Dia cakap time remaja la cari long lasting friends apa semua. Yang memang know us well. I got one :) I FOUND you BUM partners. Thank you :')


NWNC. First clan i met sekolah MML. Tak la rapat semua. Man, Lah, Apik, Eg jelah kot. Marul maybe. Tak penah tegur pon HAHA. Well, sekarang macam tak rapat mana. Diorang pun cakap aku macam lupa diorang. Guys, i didnt mean to -.-" Masa tak macam dulu bro. Everything changed. But i still hope we can always be close :)



 Then i met the VOC. Variety Outsiders Community. Semua lelaki xD aku taktau diorang berapa ramai HAHA kesal -.-" got to know them sebab Hasya. Then gaduh dengan Paan and diorang cakap mulut aku pedas. Biskut pun nak cabar kepedasan mulut ni. Padahal time tu dah baik dengan Paan :P Lepastu berbaik. VOC add aku maybe kes aku gaduh dengan Paan tu kot HAHA feymes titibe. Paan ah nak tacing pulak dengan ayat aku. "Aku ingat semua budak KL baik."  Kurang hajar ke ayat tu HAHA. Gurau sikit pun tacing. Then kenal makin ramai sebab out Mid Valley haritu. HAHA you guys are good :)


Kawan aku ramai :) takkan nak describe satu satu kot :P Clans besar cukup la HAHA. Till then, i love all of my friends. Inside and out :)

Nov 16, 2011

HAHAHA noob .


 Tadi Ayah suruh cari gambar best and combine sebab nak print. Family potrait la kire. Aku pun surf la gambar gambar yang ada kat laptop ni. Banyak gilaaaaaaaaaaa :O Umi Ayah travel bukan satu tempat. Banyak -.-" Memang nak cari gambar terbaik kena khatam habis ah dulu. Then terjumpa gambar atas ni :) Macam hot je kan kan? Well, my dad is awesome :D Tapi bila mata jatuh je kat gambar ni terus teringat kat Amin. Amin Zahidi. 


Sebab gambar ni.
 Sama kan? HAHA lepasni kau boleh jadi anak Ayah aku dah dah xD gurau. 

Lepastu jumpa dengan gambar ni HAHA gambar lama do. Luqman Aidil, kau nak tengok sangat kan? Ni la nanti kau akan kena. Adik Man >:) #devil laugh

Adam Levine .

Pergh smart :)


Ayah , adik loves you :)

"You are good in my book." - Ayah.

Hah, wonder if he knows what kind of animal his daughter is. Maaaaan, Ayah expects me to be good. Ayah wants me to be good. As i am good in his book by the way. Damn. 

Ayah, Adik mintak maaf. Im not like what you've been expected. Good is really a different world to me. Seriously, i want to be what you've thought me to be. But what if i cant? What if i dissapoint you?

Wonder if he knows who the real Adibah Yasmin is. Wonder if he knows anak dia pernah tipu dia semata nak hang around and chill up. Wonder if he knows anak dia selalu putar belit and pretend to be good depan dia. Wonder if he knows anak dia ni jahat kat Kelantan. Wonder if he knows anak dia ni tak pernah nak ikut undang undang and always do the wrong things. Wonder if he knows the truth about his daughter. Wonder if he knows what had his daughters do. 

I cant imagine. IT WILL BE TERRIBLE.

Sumpah, kalau dunia ni boleh berputar balik, ill make sure ill be what you expect me to be, trust me.

MRSM .

Macam yang aku bagitau semua orang, ill be sitting on an interview to enter the MRSM. The interview session will be held at MRSM Terengganu. Which i have to go there by bus, or by flight. And thats a problem to me. No its not. Go there ALONE is really a big problem to me.

Daa, i takut nak pergi sorang -.-"

So why dont, i tak pegi je? Okay je kan? Nak ikut fasa kerugian memang tak pergi lagi okay dari pergi. Meh check. Kalau aku pergi, tiket flight dah bakar duit Umi, pergi exam sorang sorrang macam orang bodoh punya loony, kalau tak dapat memaaaaaaang rugi. And noob -o-" Kalau aku tak pergi, tak payah susah nak tusyen, nak recall benda PMR, nak beli buku (even dah beli) , dan kalau tak dapat, takde apa yang rugi. Kan? Boleh goyang kaki duduk rumah tunggu Kakak habis SPM then pergi IEP HAHAHA. <--- tiba tiba.

Memang malas habis nak pergi. Aku bayang benda buruk je yang akan berlaku. Kalau miss flight? Pergh, time tu BODOH je perkataan paling fluence kat mulut aku. HAHA bangang betul boleh nak miss. Nasib baik flight takde perhentian kat Merapoh. Mengarut habis aku -.-"

Maybe i shouldnt go, have to be brave to say this to Umi. Ayah on my side by the way, MUAHAHA. Pray for me :)



Nov 5, 2011

Aidil Adha .

 Selamat Hari Raya Aidil Adha semua :') HEHE gambar best je kan? (pakcik pakcik tu semua macam puas hati gila) Like everyone know, kalau Raya Korban mesti kena sembelih lembu kaaaaan (: ? Biasa nya tahun tahun sebelum ni aku turun padang. #nak ambik gambo je sebenonye >.< Tapi tahun ni wa tak join maa. Bangun lambat HAHA biasa lah tu kan :) Tapi takpe, ada je informer bagitau lembu tu tengah buat muka sedih la, tengah nak jatuh la, lembu ke-4 tak mati lagi la, darahterpercik la. Kan kan kaaaaan :D ? 

Semangat je aku onl terus bukak site Google lepahtu cari gambar lembu lembu ni ha HAHA. Benda yang paling tak boleh blah sekali kalau Korban, tengok muka sedih lembu lembu ni. Ada satu tu penah aku tengok, dia pandang aku dengan air mata #perasan je? HAHA Nak buat aci tangkap leleh pulak. Aku bukan boleh buat hape pun. Takkan nak lepaskan? Aku jadi Korban je lepasni kalau buat centu MUAHAHAHA. Tahun ni tok Korban, tahun lepas pun. So makan lembu je lah keje aku tiap tahun xD masak tak gheti, makan jelah kan :) ? Sedaaaaap. 


Tapi bila tengok balik gambar ni,
 sanggup ke nak makan -.-" ? Cam comel je? HAIH.

Dan kalau yang peseng gini?
Cam geli je? o.o"


Nak makan tak ni? -___________-"


BREAKING DAWN .


Koghang, jom :D ?


Ever Being Noob ?

Noob 1

Haritu, nak balik Kelantan after a few days buat cuti sendiri lepas PMR #kantoi. Dah pandai buat cuti sendiri balik pun sendiri lah kan. Berdikari habis la aku nya. Yela kan, before this pun ada kakak montel tu yang teman :) so, aku naik la bas Perdana. Duduk single seat kira selamat la HAHA. Macam biasa, ketiduran la dalam bas :O Suddenly terbangun tu, bas dah berenti kat Merapoh. Aku pun kalut ah apa lagi, turun tergopoh gapah bawak beg Converse tu pegi jumpa Allah sat :) habis habis solat tu pegi ah beli makanan kejap. Nanti ada orang marah pulak tak makan :P time tu dalam kepala ni "Aish, kalau salah bas lepasni naya aku". Keluar dari kedai tu memang bercahaya je la muka sebab ada dua bas je kat situ :D then pegi la tengok aaaaaaaand my bus wasnt there -..-" Memang rasa nak nyanyi lagu Wish You Were Here yang part DAMN, DAMN, DAMN tu je -.-" tapi aku tetap tenang #ceh ceh. Duduk jap 5 minit, tak buat pape. Selera aku mati do, sumpah. Time tu otak fikir nak call cab je HOHOH. Then call la Umi.

Umi : Ha hello. Dah sampai Merapoh?
Min : Dah Umi.
Umi : Solat dah belum?
Min : Dah jugak.
Umi : Baguslah. Bila nak gerak ni?
Min : Entah, adik pun taktau. Bas takde ni.
Umi : Huh? 
Min : Bas tinggal adik Mi.


The rest, im sure you dont want to know ;') Mak aku habis mengucap panjang tak kira harokat dah time tu HAHA anak bertuah betul kan kan :D ? Time tu Tuhan je tahu apa aku rasa. Weh, dilema nak mampus laaaaaaah -o-" nasib bahik aku bawak turun beg Converse tu, ada barang berharga banyak woah. Kena curi memang enak la. Dan tiket bas pun ada dalam beg, nasib baik. Biasa nya aku selit kat pocket seat je :D then bagi la number phone Perdana tu kat Maam. Lepas kalut kalut panjang tu, sampai lah aku tumpang bas Trans. Tak pasal pulak both parents aku ada number pakcik pakcik driver tu :') rasa kelakar. Then aku exchange Perdana balik kat Machang. Bodoh je driver tu salahkan aku? Tahik dia ah -.-" panas je aku di-usha panas satu bas. Salah driver tu do tak kira passanger sapa suwoh? Masalah -_-* First time naik bas sohang pun jadi masalah HAHAHA.


Noob 2


Pasal ni, aku teringat kat Farhana :) satu malam tu, lepas Maghrib aku solat sunat Hajat :3 dengan Wawa. Aku start solat cepat sikit pada Wawa. Tapi time rakaat kedua tu, tiba tiba Wawa sujud dulu. Aku dah semacam peliks je en. Baru aku perasan aku tengah berdiri, tadah tangan, Qunut aku baca dah nak habis dah :D tah pape je. Aku pun habiskan sisa sisa solat aku sebab taknak bagi orang perasan. Aku habis laju pada Wawa then tahan gelak sorang sorang. Wawa habis, apa lagi gelak terguling tergonggek aku dengan Wawa HAHAHAHAHA. Bayang la, time tu ramai atas masjid. Aku ni lebih kurang tengah tengah masjid ah jugak. Punya semangat baca doa Qunut *big laugh*


Aku dah tak ingat dah apa lagi benda noob dalam hidup aku lately. Yang pasti banyak! Adibah is a Noob, boleh kira ah :)



Sep 3, 2011

Examination is coming .

PMR greets you with Hello :)

Cuak tak? Heh. Tipu kalau kata tak cuak :P PMR tu dah bertandang dah macam ada kat depan rumah. Tunggu nak masuk je bila dah sampai masa. So dah ready ke? Get ready pun kena la macam ada kat depan dewan, dengan ilmu didada. Tinggal nak masuk dewan dan jawab dengan teliti :)

Ayah pun macam dah ambik part sebagai ayah yang bertanggungjawab :) Lecture. Give advices. Give supports.

-Ayah kata kalau dah berjaya nanti Ayah dah plan something (: cantekk ah.

From now on Adibah Yasmin, please.

-DO lot of exercise.
-DO pay attention in class.
-DO revise every subject EVERYday.
-DO ask others for hep.
-DO ask teachers if there's got something you dont know.
-DO fight for your future.

No more playing Adibah. Ni dah lebih kurang telur di hujung tanduk dah ni -..-

Apa apa hal, All The Best :D

Special dedicated : BUMpartners, KKS, BEAUTY, and also VOC :)


Aug 30, 2011

Cerita Lawak :B

Firstly, Happy Eidul Fitr everybodeyhh :DD

Kenapa title post ni Cerita Lawak ? Meh ceq nak habaq kenapa (:

LAWAK 1
Malam raya ; Tok tak sengaja terrrrr-buang daging yang Mak Nyah bawak dari Perlis sebab tak tahu yang berbalut tu sebenarnya daging :D Dah la actually nak bagi orang HAHA. So takde la rezeki. NOOB do :D

LAWAK 2
Pagi raya ; Okay tahun ni first time Adibah Yasmin pergi Solat Sunat Aidil Fitri. Well der, rasa macam lawak gila selama hidup 15 tahun, tahun ke 15 ni baru kenal Solat Hari Raya. Baru tahu cane nak solat. Ada takbir segalak do. Dan yang ni, nak citer. Kat kampung aku ni macam semang gila la pergi Solat Raya dah pakai baju lip lap lip lap kaaaan #semua kampung macamtu actually :D Tapi aku rilek je pakai tee dengan seluar :) Masuk masuk masjid je semua usha kaki aku sebab kelihatan seluar dan bukan kain ^^

LAWAK 3
Kat masjid ; Lepas solat kan ada Khutbah Raya #benda baru. So stay je lah dengar kan kan #bajet baik :P Tapi aku tidur je start Pak Imam tu khutbah sampai dia baca doa. Tu pun mujur kakak kejut, kalau tak tidur la sampai Maghrib karang kat situ -.- NOOB NOOB.

LAWAK 4
Balik rumah ; Sesampai nya Keluaga Rosely yang perempuan di rumah. We're just like OH MY GOSHH pintu terkuncik do -.- Kunci ade dengan Tok dan Tok tak balik lagi. And guess what, aku panjat tingkap yang double tinggi dari aku untuk bukak pintu ikut dalam :D As i said, kan pakai seluar. Apa ada hal :DD Lepas Umi cite kat Ayah ape yang anak Kedua mereka telah lakukan ni, Ayah pun berkata "Padan pun berbalut kaki haritu." sambil menggeleng gelenggeng kan kepala beliao HAHA.

LAWAK 5
Beraya ; Time beraya pun ada lawak do HAHA. Kitorang pergi beraya rumah sepupu Tok. Kitorang tak kenal sangat pun tapi Nasi Minyak dia sodapp do :D Melantak kejap. Lepastu nak balik la. Tapi Tok nak pegi rumah sebelah. Kitorang pun nak ikut je lah. Tapi tiba tiba nampak ada satu homestay ni macam gempak gila do. Yang 5star punyeeee. Pagar terbukak so kitorang masuk jelah. Sebab dia tembus nak pergi sungai sebab tuan rumah tu ada boat :O Lepas amek amek gambar tu, nak blah la kan. SUDDENLY. Pagar tu tutup. PERFECTLY. Pagar tu pagar elektrik yang guna remote je boleh bukak. Sekali lagi we was like OH MY GOSHH :O Terpaksa la kitorang mintak ada Minah Salleh yang duduk kat homestay tu tolong bukak guna remote dia HAHA. Again NOOB -.-

Ni baru hari first, lepasni?

#Gambar telah sedikit di-upload di FB. Terima kasih :)

Aug 29, 2011

ESOK RAYA .

Baru lepas stalk blog Amin Zahidi :D Lepani, Luqman Aidil pulak HAHA :DD

Okay harini dah 29th mengikut tarikh di G-Shock pink :) Bimakna, esok adalah
HARI RAYA !

Serious la macam best je nak tunggu raya. Nanti makin bertambah la berat badan aku yang kecik molek ni #err? Hurmm, tapi macam dapat rasa je macam tak berapa gempak raya tahun ni -.-' kenapa eh. Sebab nak PMR kot HAHA bajet gila kau. Kau ingat kau sorang je nak PMR ke Diba :'D Macam tahun lepas, yang ada kat Kampung cuma 2 family yang balik. Sikit kan sikit kan sikit kaaaaaaan. And thats the problem -..- Aku dah la takde kawan kat sini. Tak mesra alam mana nak tegur makcik makcik pegi pasar ke ape #kalau korang, korang buat ke HAHA.

Sebenarnya, aku nak raya KL T.T Kawan aku belambak gila do raya KL dulu baru balik kampung. How about me? Aku balik kampung dulu baru KL. Balik KL pun sebab nak exchange pegi kampung satu lagi -.- Lepastu nak balik Kelantan nya lagi haddo.

"Ba, datang la raya rumah aku."
"Weh, jom la. Aku buat open house raya first."

Babe, aku bukan taknak pergi do. Aku naaaaak sangat pergi. Gila, last time aku raya KL masa aku darjah 6. Lama koooot. tu pun sebab ayah tak dapat cuti masa raya first. Aku pergi raya rumah kawan kawan tak pakai baju kurung pun sebab aku rimas HAHA. Gempak kan pakai jeans dengan cardigan segalak :D Aku cakap tu baju raya aku semua orang taknak percaya. Betul la baju raya. Hari Raya tak baik menipu do :D Dah la aku pergi openhouse rumah kawan aku dan kawan aku tu anak Ustazah Tajwid aku. Melilau mata dia tengok aku atas bawah HAHA. Selamba nya aku pegi salam. Dapat duit raya :DD

Cakap pasal raya dengan kawan. Teringat raya kat sekolah. Lawak kalau pikir balik. Sebab syarat dia, boleh pakai baju raya, tapi kena pakai kasut sekolah. Kejadah? Kasut tu kalau sorang sorang suci berseri takpe la jugak kan. Ni ade yang kopang, hitam. Biasa lah budak budak. Lepastu ada assembly. Dalam dewan jela tapi. Gila buat assembly tengah padang dengan baju raya lip lap lip lap. Cair make-up sorang sorang :D Lpas teropong teropong, ada la jumpa sorang budak hot #tak hot mana pun -.- Sebab dia pakai tudung ala ala Bienda yang nampak tekak. Lepastu apa lagi. Kena ngumpat HAHA. Yelah kan, aku punya sekolah dah la sekolah AGAMA. Kejadah minah tu nak  pakai macamtu pulak kan. Aku yang pakai shawl time raya pun tak pakai shawl time tu. Ingat sekolah ni kau punya. <--emo tiba tiba :DD

Banyak nak cerita pasal raya tahun tahun sebelum ni. Lain kali la pulak. Esok kalau aku sempat upload gambar masa first raya, aku upload la. Kena sedia tangan la do untuk D3100 esok. Adibah Yasmin incharge jadi photographer esok ^^

Again : Happy Eid everybody :') Sorry inside and out.

#aku takde tudung lagi nak pakai esok ni -..- kessssssal (!)

Aug 27, 2011

MUAZ .


Terms and condition : Buat MUTE okay!


HAHA :D

babbling .

ever felt that everything is not enough? well, i did. heck, i always want more. never to accept everything with gratitude. always regret, reminice when its gone. ALWAYS.

ever felt that you are coward? i do! never brave enough to make the right move. even when it is the right time. always floating. wondering when the light will shine although. it has been there. all along. i was blindsided with the goodness in my position. hell, it sucks when you know you are on the wrong path. yet, had no intention to return back!

ever love someone so bad? well, this time i never. maybe i did once upon a time. but now, myheart is empty. heartless, senseless, hopeless, helpless! dont care FULLSTOP.

hurt someone? oh hell yeah! and i hurt them bad. for you out there, SORRY! never meant to break your heart i tried to fix it. but then again what the fuck! your heart already bleeded anyway. SORRY.

did something you wish you never did? oh this one is BIG yes. until now, regret is all i felt. yet, i didnt know if i could put it to stop. screw me!

for the record :
im just a stupid person who acts and pretend to be smart. there is more to life than i am now. i live, i learn. i still did. yet, the learning stays there. didnt practically apply it in life. heck, im dying anyway! thanks for reading (:


PUASA DAN RAYA .

Puasa dan Raya (ulang Title) memang tak dapt pisah la kan. Sebab mula mula kena la puasa baru la boleh raya kan kan. That is the combination. Adik aku pun tau HAHA :D

Harini dah 27th, makna nya dah 27 hari lah umat Islam menunaikan ibadah puasa.
FIRST. Congrates dekat adik aku, Ameen Khaleef sebab tahun ni puasa dengan jayanya cukup setakat ni :DD
SECOND. Baju raya aku tahun ni macam tak berapa gempak je do. Alasan dia '"Budak PMR kaaaan." Bajet je do HAHA :D Tahun ni aku raya dengan TIGAAA baju kurung. (its supposed to be TWO actually) Tapi disebabkan baju Polka Purple yang sebenarnya aku buat untuk saja saja dan jalan jalan tu un-use lagi, so kita hentam je buat raya. Dan lagi gempak sebab baju tu aku buat pakai raya Pertama :D
THIRD. Aku memang lemah gila la kalau part cari shawl nak masuk dengan baju. I'd prefer Kontra even memang pada dasr nya nampak macam orang gila (right) tapi cool koooot. It's ME :) Sekarang tengah kusut tak jumpa carik inner nak pakai masa raya first HAIH -.-' Ni la yang malas nya ni.

Tu cerita Nak Raya Adibah. So how about yours? Cecrita :DD

Jun 17, 2011

pakwe baru .

comel kaaaaaan .

HUUH.

weh serious tak tahan dah addicted dengan Korea :D


Jun 11, 2011

Movie Marathon .

 1 LITRE OF TEARS.




tak boleh terima kenapa perempuan cantik ni yang kena mati. its not fair okay. AT ALL.
i loveeee this movie okay. sampai leleh air mata gua. leleh sebaldi laaaah HAHA :D

nanti nanti i upload pic Hero dia pulak okay. sumpah smart ^^





Wangsa Walk HAHA .

yesterday, went to Wangsa Walk. memang tak pelik la kan. semalam out dengan banyaaaaaak olang. Adam ade, Azielah ade, Datu ade, Elyas ade, Bad ade, Amenda ade (new friend), Syafiq pun ade.

Syafiq spoil la datang lambat. akuu jugak kena bayar kan movie kat dia. tengok cerita KL gangster (keluar dengan Azielah memang salu tengok cerita melayu) melayang layang duit. time nak bayar tu kan, baru terperasan satu benda.

-aku penah pegi sekali je Wangsa Walk. tu pun dengan Muiz.
-aku tak penah tau pun harga movie kat Wangsa Walk sebab Muiz yang belanja itu hari.

aaah semua nya dia la yang mastermind. i follow u jee HAHA :D so kira macam berdikari la sikit hangout kali ni. lepas tu pulak kitorang pegi Karoooook >.< semua all out la. memekak, menjiwaa habis la lagu semua trend jiwang je semua. Syafiq pulak duk ternganga sorang tak tau HAHA. dah jadi artis pun taknak nyanyi lagi mengada betul.

balik lambat. Nurin dah mmekak in charge jadi mak tiri HAHA sepak karang senyap terus. kena rushing balik sebab lepas maghrib terus nak gerak pegi Terengganu. such a damn tired day. duduk dalam kereta, tidur je sampai dah tercongok depan rumah Tok.
Hello Terngganu =='

itu sahaja. bubai.

Kelantan vs Terengganu

hula la, the football match was OVER. congrats Terengganu :)
(sebenarnya tak kisah sangat nak cuti je HAHA)

malam ni bahagia :) terima kasih okayy. jadinya. aku pulak yang usik dia HAHA :D
ter baekk ^^

Selamat Malam semua. Halo Kota Bharu :P


Jun 7, 2011

macam mimpi je .

Yaa, aku dah dapat Encik Gajah aku (devil laugh)
D3100  : terbaekkk ^^


Jun 6, 2011

setelah lama tidak bersua.

kau tahu, kau tahu, aku menjerit habis kuat punya laaaaaah.
ouh blog, i miss you like hell ouh.
baru je memasang niat kalau kalau tak boleh bukak akan di-replace dengan yang baru HAHA.
kita takkan boleh terpisah wahai belog (jiwang karat sumpah)

actually banyak cerita sangat sangat nak coret kat sini. aku jeles je orang lain boleh bukak belog diorang dan update itu ini dengan sihat nye :3 aku jeless tau aku jelesss T.T

Okay cukup.

im now at Selangor : Rumah Mak Lin Sayang. Umi dengan Ayah probably tengah ada atas flight krioh krioh siap punya lah. selamat sampai. dan memang akan memujuk atau mengugut habisan lah heret balik KL NO MATTER WHAT. umi pliss, kesian Kakak duduk rumah sensorang. dia dah menangis habis dah kat sana. eceh fake je semua. umi, pliss lah, kitorang nak keluar beronda ronda dekat KL tu tahu? habis ggggggiyaaaan dah ni (tubik buih kuk mulut HAHA)

Rabu atau Khamis, have a date with that Syafiq Shahrizan. HAHA panggil date segalak lah pulak. keluar je. dengan Azielah sekali. dengan Datu sekali. pokok nya bukan berdua! tengok movie hantu laaa ^^ (eceh mentang mentang haritu tengok kat movie dan keluar dengan kadar nafas yang sama kira bajet la kan) tak takut pun, chill je la kan HAHA.

itu sahaja setakat ini. nak buat read-marathon. dah lama tak tatap belog sendiri HAHA bubbyee :)


Apr 30, 2011

what a use of BFF ?

im not very sure about that and how about you? do you have a best friend? do you love her? what kind of treat that you give? are you treat her well .. or not? what causing you to love her? 

listen here my dear, sometimes the nearest person is the one that hate us the most. who knows? 

and im used to love you when you were used to love me as i do.


Apr 28, 2011

huuu Kuala Lumpuuuur

arrived at 5 : 55 am and i was like WELCOME HOME HONEY :)

Assalamualaikum, akhirnya saya berjaya menjejakkan kaki ke tempat di mana saya dibesarkan dan dilahirkan *ecece tibe tibe je* dah merasa amat bahagia kan bila sampai jejak rumah sendiri. bas pun macam perghhh enak sangat tidur *tibe tibe promote bas :D* lepasni nak pergi pesta buku dan kemudian nak pergi melencong berjoli joli ehe ehe :) rasa lama tak jejak kaki kat KL tuh. actually malas je sebenar nak pegi pesta buku. tapi Madam Besar nak pegi so kita ikut je kalau taknak kena hentam. tapi serious malas -..-' mesti bersesak sesak ish tak suka tauw! nak pergi TS la lepastu, cari hadiah HIHI :D

pernah dengar tak kalau kita dapat strange dream tak boleh cerita kat sape sape? tapi macamane ni nak cerita jugak ;'( HAHA tiba tiba lagi. malam tadi mimpi macam pelik gila. cerita nya begini.

lokasi : rumah tok Terengganu. pelik jugak tiba tiba keluar rumah tok. tapi maybe sebab ngumpat ngan kakak pasal tok kot sebelum tu HAHA.

okay sambung.

lepastu macam rilek rilek tengok TV LCD moksu tu kan tengok astro. sepupu sepapat semua main kat luar rumah. time tu hujan rintik rintik baru. lepastu tiba tiba...

"Aaaaaaarghhh, kilaaaaaaaat !" terus semua sepupu sepapat yang main kat luar tu berlari masuk sampai tercabut pintu rumah tok tu *okay tipu je, tak tercabut pun sebenanye* serious kilat tu lama gila lama macam dekat 10 minit la. lepastu i pun merangkak masuk bilik moksu ketakutan HAHA lepastu lepastu...

"Dik, bangun. nak sampai dah." Nurin pun kejut. tapi lagi terkejut tengok memang betul betul hujan pun masa tu Astaghfirullah takut gila. lepastu tak boleh tidur tidur dah.

scary en? sebenanya saja nak cerita sebab orang kata kalau ingat mimpi kita tu otak dia memang cepat pickup kan kan HAHAHA :D

long time didnt hear your voice.
thanks for calling and HAHA yes i miss you :P