Escape from reality

Dec 27, 2011

S C H OO L :O

Bahangnya kian terasa :D

Tadi tengah hari umi ajak pergi buat kad bank #ching. Sesungguhnya begitu lama tidak merasa kad bank sendiri. Kad bank hilang kan, nak buat cane. Batak sekejap. Lepastu pergi Jusco Wangsa Maju. 

Beli kasut sekolah -.-"

Tah berapa kali aku ulang alik naik atas turun bawah naik atas turun bawah. Peh naaaaat :'O
Lepas satu satu aku try. Takde size lah, tak muat lah (sama je), tak cantik lah, macam budak lah. Banyak songeh. Yang bengang nya kena cari yang takde line. Aku dah ada berkenan satu kasut. Tapi ada line pulak. Kejadah hape lah Maahad tak boleh pakai kasut ada line. Zaman sekarang ni payah bro nak cari yang takde line. Semua dah update, dunia dah maju. Celik lah mata sikit -.-" Nak harap Diadora, Line 7 je kot yang takde line YANG UPDATE sikit. Yang B-First memang lah belambak. Podah -.-"

Nanti flight balik Kelantan 31st Dec. 6.30 AM. Lagi 4 hari -.-" tau tak 4 hari tu singkat? Pehh, kain Fasha Sandha pun tak sesingkat tu. Selamat tinggal semua :'( Mama will miss you so much. Ahaks gedik nyewr.

Hargai lah 4 hari ni, sebum jalani setahun bersekolah.


Dec 25, 2011

96 REUNITE :D

Okaaaaaayyyy, Assalamualaikum dunia :D harini nak cerita pasal reunion skolah den. 


Date : Saturday
Time : 11 - balik
Venue : KFC & Wangsa Walk.

At first, memang lah ramai gila somangek nak datang. Kata rindu lah apa lah, nak jumpa lah. Sesampainya terkeluar pasal reunion, lepastu Balqis suruh aku handle. Pundek -.-" Aku pun tak lah berkobar sangat tapi dah diorang nak kan, jadi berkobar jugaklah aku nya pon. 

Hari Jumaat aku kena balik kampung, nak jadi cerita nya. Peh aku dah berdebar gila kalau lambat sampai kat reunion. Kejadah hape handler pun lambat HAHA. Lepas balik dari kampung hari Sabtu tu, aku tukar baju (sepantas kilat), ambik camera lepastu blah dengan Umi.

***dalam kereta***
Umi slowtalk dengan aku -.-" Dengar jelah kan. Menusuk kalbu jugak. Mendalam ~

Dah sampai tu aku nampak Daniel dengan Faiz Izzat. Seriously rasa macam turns to old school studs xD taram jelah masuk, sikit gila orang -.-" Bal pun cakap, half lelaki kat belakang. Kejar nyamuk lah tu kan HAHA kena faham lah, bukan budak sekolah rendah lagi dah. Its norm. Lepas makan apa semua, Amany blah. Nak pegi Melaka punya pasal. Lepastu pegi jalan kaki tuju WW. Aku berkobar gila nak tengok wayang! Budak laki naik motor -.-"

Dah sampai tu aku dilema. Macam aku je yang tersepit antara 3. Boys, Girls and myself :B lelaki ajak aku bowl, perempuan nak main archade. Aku nak wayang -.-" Last sekali tiga tiga aku redah. Aku pergi tempat bowl dulu. Tapi tak main, setelah berkira kira aku pun bangun lah, nak pegi beli tiket wayang. Tengok sorang pun jadi. Titibe Danish pun membuat soalan pelik "Nak tengok sorang ke?" aku pun mengajak jelah dia. Kitorang pun pergi lah tengok tiket. Sekali lagi aku tersepit. Nak tengok Alvin ke Missin Imp. Disebabkan si Danish dah tengok Mission Imp, aku pun wujudkan lagi satu pilihan. Suatu Malam Kubur Berasap. Last sekali tengok cerita tu -.-" melepas Alvin aku.

Lepastu jalan pergi archade pulak. Melawat mereka. Ada gak lelaki main sini. Ambik gambar sat, aku pun promote lah diorang tengok wayang sekali. Tak sedap pulak aku dengan Danish je kan. Ada orang cop dah do HAHA. Lepastu Fahmin, Arif dengan Faiz pun join. Jadinya aku sorang je perempuan (masih kesal) -.-"

Lepas solat Zuhur bergegas lah ke panggung. Masuk sekali lah semua. Janggal gila aku sorang perempuan :O bantai jelah, kawan sekolah rendah je pun. Cerita tu best lah. 3 bintang dari 5 aku kasi rating. Sebab lawak. Boleh kira lah. Lepas keluar wayang tu, budak yang lain sume dah blah. Tanpa khabar berita pun. Dan aku masih sorang sorang perempuan kat situ (masih dan masih kesal) Fahmin pun nak blah. Lepastu Faiz ajak lepak fc. Borak borak. Sesungguhnya aku baru tahu WW ada fc. Lame-O gila! Duduk tak sempat order apa titibe Fahmin muncul. Kunci motor dia hilang. Jadi cerita pulak. Cari lah kejap. Lepastu balik, sebelum jumpa kunci. Sorry bro, mak aku nak amik.

Malas cerita panjang, itulah kisahnya. Aku rasa nak penggal kepala sorang sorang yang cakap confirm tapi tiba tiba tak muncul. Binawe. Tapi apa apa pun, terima kasih kepada yang hadir. Happy :)


Sorry gambar tak upload. 
Ada dekat group pictures only.




Dec 22, 2011

Segalanya telah tertulis :)


Dah dapat result. Apa pun tak boleh dibanggakan. Lansung. 3 jam menunggu, ni yang aku dapat akhirnya. Aku sedih sangat -.-"

Pagi pagi lagi tidur aku macam tak kena. Lepastu Ulfah pun call. Cakap pasal result, bla bla bla. Lansung tak boleh nak sambung tidur dah lepastu -.-" Sumpah rasa takut aku makin banyak. Makin menebal. Makin menular. Bukan aku cakap aku pandai, tapi aku target tinggi jugaklah. 

Lepas satu, satu, dapat result. Aku dah makin berdebar. Orang makin ramai tanya result. Makin memekak handphone aku orang call. Sorang pun aku tak jawab. Takut. Lepastu solat Zuhur. Hati aku berdebar masa aku solat Hajat. Hati aku kuat sangat berdetak. Aku taktau kenapa. 

Lepas aku on balik handphone. Dapat text dari Hasya. Jantung aku gugur separuh. Apa yang aku target, hancur sama sekali. Tapi still ragu ragu. Hasya tak berapa pasti. Aku suruh mak aku call sekolah. Pastu aku mintak maaf kat mak aku. Aku mintak maaf kalau aku dapat rendah. Terus mak aku call sekolah. 

Supermom is calling. Time tu aku ketar sangat nak angkat handphone. Aku kumpul kekuatan lama.  Aku rasa tak sanggup dengar. Apatah lagi suara mak aku sendiri yang bagitau. Aku tak sanggup. Dan ya, betul apa Hasya bagitau. Suara mak aku down sangat. Down sedalam dalamnya. Mesti mak aku kecewa nak mampus dengan aku. Mesti. Aku ni macam takde benefit pun. Bukan buat naik nama keluarga. Bukan buat mak bapak bangga. Lepas mak aku cakap result aku, aku terus letak. Aku dah tak sanggup. Lepatu aku menangis macam orang gila macam orang bodoh sorang sorang. Hakikat, aku bodoh. Boleh dapat setakat tu je. Macam tak belajar. Macam tak pandai jawab. Apa dalam otak aku time exam haritu? Aku pun taktahu. Cacing je banyak. Otak udang pun boleh kira -.-"

Macam mana aku nak face orang lepasni? Msti diorang akan tanya result. Mesti. Dan mesti time tu aku rasa nak penggal kepala orang tu takpun aku bagi tembus jantung dia pakai garfu. Tolonglah. Aku malas nak ingat.

Apa apa pun, aku dah start redho. Aku menyesal pun takde guna. Semuanya dah termaktub. Benda yang aku cite kat atas ni pun dah terjadi. Bukan rekaan. Hanya kena terima dengan hati terbuka. Setakat tu je Diba, kau memang boleh setakat tu je. Jangan salah kan orang. Kau yang bersalah atas diri kau sendiri. Nak carut apa semua pun kat diri kau.


Kena tanya diri sendiri, kau usaha kuat tak Diba? Kalau cakkap usaha kuat pun, tak lah sekuat orang lain. Tak lah sekuat harimau. Kau study pun handphone kat bawah selimut kan? Kau periksa periksa pun bawak benda haram kan? Siap kena rampas lagi. Kau bukan selalu sangat buat solat hajat lepas habis PMR. Doa untuk result kau, jarang sangat. Kau tak fikir ke kau ada ke buat dosa kat orang lain? Buat salah ke. Orang tak suka kat kau ke. Pernah kau fikir. Kau ego je tinggi. Muka nak terbaik je macam mintak penyepak. Sombong kemain. Kau ada fikir? Tu salah atas diri kau.

Apa apa pun aku bangga sebab aku tak meniru lansung. Aku bangga. Dan aku bangga ada kawan kawan yang bijak pandai macam korang. Tahniah yang dapat full, sampai mati aku jeles dengan korang :') 

For the next step, biarlah takdir yang menentukan. Kalau takdir aku dapat rendah sebab kena stay MMP, aku redho. Allah tau apa yang Dia buat. Aku yakin dengan apa yang dah termaktub. Segalanya. Selamanya. 

Subject killer aku lepasni akan berubah. 
BM BA masuk list :)

Dec 21, 2011

Dia yang datang, bukan kita yang pergi .

Malam ni, semua lutut budak PMR tengah berketar habis. Tak kira yang masih terjaga atau dah lena.

RESULT
penentu segalanya

Sape tak cuak mak oi. Ni pun nasib baik kakak ada idea berlian ajak aku layan wayang esok. Melayang habesss ~ Lupalah aku nak check result nanti. Apa apa pun, doa dan tawakkal je kat Allah. Dari fikir negatif kemain (aku la ni), takut sana takut sini. Penuh news feed malam ni pasal result saja. Esok? Taktahu -.-"

Nak cer la, aku rasa kawan kawan aku dah semakin matang. Umur, yelah nak kata tua tak lah sangat 15 tua. Tapi serious matang lah. Cakap pun macam orang besar. Pedas membisu habaq hang. Yang seriously boleh buat aku senyap dan berfikir.

"Tak baik pikir pelik pelik. Allah berfirman : Sesungguhnya Aku bersama sangkaan hambaKu."

"Allah ni kalau Dia nak bagi, Dia bagi. Aku takut Dia taknak bagi, mungkin nak hindarkan aku dari benda jahat. Bila dah berjaya, macam macam perasaan ada. Ujub, riak, takbur."

Fikir fikir kan la. 

Semoga berjaya semua. 
BUM, VOC and others :P


Dec 15, 2011

Advance pulak rasanya :B

Peh dalam 2 hari ber-online di malam-pagi, aku ni macam nak terjah semua site pun ada :O
Malam semalam secara tak lansung aku buat acc formspring. Harini buat acc Twitter. Nampak macam 'darrak' tapi actually semua tu aku dah buat setahun lepas. Manusia lupaaaaa, password tak hengat dan tergendala segalanyaaa :) So buat balik and having fun. Dadaaaa aku bosan -.-" Bye :')


Dec 14, 2011

Ombak Rindu


I've seen it :3


Dec 11, 2011

Bila Nurin pulang ke rumah ...

Hella Fellow :) HAHA kenapa title macamtu? Its about this huge lil freak B2ST. Gosh, they're gorgeous :3


Oh tak berapa nampak eh? Tak berapa jelas eh eh? Kejaaaaap...

Okay check this out :)


From left : Dong Woon, Doo Joon (captain) , Gi Kwang, Yo Seob, Hyun Seung, Jun Hyung.
Sumpah diorang dance bapak Grand. Well, the main dancers are Gi Kwang and Hyun Seung. The main vocalist is my Yang Yo Seob :) and the rapper, Jun Hyung. Woahaha, lagu diorang best gila gila gila. Peh putih mata aku @.@

Well hell yeah, im addictor of this cute lil fella! Yang Yo Seob :)


 To not seen so obvious, aku taknak ah describe pasal dia kat sini. Nanti tak boleh berhenti :3 His voice will actually make me smile. Aku tak tipu. And oh, saje letak gambar ni even beribu gambar comel dia. Gambar ni aku tangkap sendiri. The ring on his finger, tu couple ring kitorang ^^ harap jeles okay. HAHA we're getting married after he went on Islam and turns to Yusoff somehow :9
psst , muka dia ada macam kawan aku sorang :3 HAHA lebih kurang la. Nak number tepon, mintak aku okayy :D


There they are :) Aku sumpah taktau nak cakap apa dah. Everytime aku tengok muka diorang je, aku rasa fall in love GILA! Huh, maybe im not a Korean-addictor. But i AM one of the B2UTY :)

Peh, aku amat amat sayang kalau ada yang pergi kat web http://kpoproyaltygoods.spreadshirt.com/b2st-C89761D2P30 lepastu tekan purchase untuk mana mana yang cantik. Aku sumpah sayang :3

Yeah, ni sume sebab Nurin balik rumah. Kalau tak aku tak la gila macamni, putih mata putih mataa @.@




Dec 4, 2011

He's my Man. Oh maaaaaan ~

I just found this angel. This blue eyes angel. Oh maaaaaaaan, he's HUNK!


Look the way he's staring at me! Hati aku cair hati aku cair. Wak, dah la tengok ite. Mata awak dah la biru. Kite dah la suka tengok mata awak. Tapi kalau awak tengok kite lama lama dengan mata biru awak tu, kite boleh berhenti bernafas tau wak. MUAHAHA wonder if he knows how to speak Malay :P

Oooookay, i met this guy time movie marathon ah. Kak Mas punya HD. Kak Mas, i owe u. Big time for this. Tengok cerita Blind Dating. Tadaaaaa ~


Even dia buta dalam ni, still nampak gojes sebab mata biru bling bling dia. Oh-my-gosh. Tak tahan gila kot. Dah la in love dengan Indians. Baik dengan aku. Hazel eyes girl :P #penghasan je.

Then dipertemukan jodoh sekali lagi bila tengok cerita Just My Luck. Tadadadaaaaa ~


Well, yang ni kira boleh diterima sebab dia in love dengan Lindsay Lohan. Tapi benda yang tak boleh terima, apesal diorang kena kiss everytime nak tukar nasib -.-" buat la geletek ke, tampar ke, sepak kaki ke. Tak payah ah kiss. Aku punya do -.-"


Aaaaaaand now, he's smiling at me like gorgeous! 
Oh maaaaan, u suck a lot :D 

His name is Chris Pine. Officialy being mine wekk wekk.


Hello Baby Bear xD



HIKHIK dapat bear baru ^^ terima kasih terima kasih.
Well hell yeah its pink. Ada fewewo wosheeey tau dalam mug tu. Dalam rose tu jugak HIHI.
Nak makan, tapi Nurin suruh tunggu dia pulak -,-" 
Ni second teddy aku. Nak bagi nama apa eh :) ? Habis ah Kiki terancam lepasni.


"Nanti i bagi roses and chocolates."
Yeah, dah bagi dah pun HAHA.


Dec 3, 2011

D'Forever Members :)



I miss them. Like A LOT! Bila tah nak jumpa lagi. Budak Kelantan dah gath banyak kali. Yang KL memang harapan ah. Ulfah nak datang rumah next week pun aku nak buat sujud syukur 5 hari. Rindu nak mampus do. 

Korang ingat tak kite salu je kelam kabut turun blok sebab dah lambat. Kalau lalu rumah Ustaz Mad Noor tu mau semua bajet baik tunduk je buat muka suci. Lepastu semua sumpah seranah nak tumbuk muka Ustaz HAHA.


Korang ingat tak kalau kite lambat sangat pastu lari lari nak keluar pagar. Farhana lah paling rock. Nampak benor tidak kesempatan dia tu. Lari dengan pakai selipar, pegang stokin dengan kasut HAHA. Tapi dah nak dekat exam ni macam bagus je semua. Turun blok awal sebelum pengiraan lagi :)


Korang ingat tak kite balik sekolah ramai ramai. Macam Grand je kan BUM balik macam tentera. Ramai ramai HAHA. 


Korang ingat tak time kita ramai bawak phone pegi sekolah. Lepastu Ustazah Hasnin buat spotcheck kelas Cipah. Fana yang juah disana sanggup datang kelas aku nak sampaikan berita xD lepastu lepastu kite pun kalut nak sorok. Nak bagi budak exam memang payah ah. Last sekali aku offer diri terjun tembok. Lepas pada tu terseliuh kaki. Padahal nak trial dah time tu. Last sekali berbalut la kaki aku masa trial :) takpe, aku tak kisah. Asal phone kite selamat sudah HEHE.


Korang ingat tak dulu time form 1 ngan form 2 lebih kurang hari hari kite keluar KB tu. Biar tak beli pape pun. Nak hirup udara segar je HAHA. Nak cari pasal ngan Ustaz Mad Noor pun ada :) 


Korang ingat tak masa form 2. Budak blok C la. Maggi kite tak penah putus stok kan :) ? Kembung habis perut aku. Lepas PMRU je terus bantai 5 bungkus sekali gus HAHA. Padan la aku ada masalah perut pun :P


Korang ingat tak time form 1 kite kena rotan ramai ramai? :D aku pasal handphone aku yang misteri tu xP Tasneem dengan Ulfah sebab masuk PT pakai baju sekolah. Biar dengan Umi Tasneem pun. Fana, sebab bising dalam bilik? HAHA melawak je Razan boleh lepas. Mulut lancang do cakap ngan Ustaz sampai lepas.


Korang ingat tak kalau nak keluar jauh sikit ke, KBMall ah lebih kurang. Kite pun tukar baju kat tandas. Konon malas nak cari pasal ah mula mula pakai baju asrama. Pastu nak tukar balik tengok tengok ada orang dah ambik baju asrama kite HAHA. Gelabah ah. Balik je dengan baju kurung shawl macam tu.


Korang ingat tak kite nangis ramai ramai (kecuali aku) kat bumbung sebab Jatul nak pindah? Mula mula suruh aku ngan Fana nyanyi lagu perpisahan ah konon. Baru part tu, semua dah leleh. Lemah betul aku -.-" pastu time speech tu Wani pun bangun secara tiba tiba bawak diri. Aku sebagai orang yang tak menangis, pegi la pujuk :) korang semangat habis ah call mak Jatul beribu kali taknak bagi pindah sampai Jatul marah HAHA.


Korang ingat tak kite pegi Piknik? Kem budak masalah. Form 1 lagi dah pegi. Form 2 form 3 memang tersenarai lah. Form 3 tu nasib baik la buat kat asrama ramai ramai. Budak skema jeles nak jugak :P Best gila yang form 2 punya. Time nak tunggu turn mandi tu. Fana ngan Razan berdiri kat tepi tandas (pakai towel :P) lepastu ada orang menjerit "Pacaaat!" Razan pun melompat sakan ah jerit jerit. Kitorang ni duk cari la mana pacat kat kaki Razan. Tengok tengok pacat tu kat kaki Fana HAHA. Dah gemuk dah pun. Gelabah je Razan nak lompat lompat.


Lepatu ada muhasabah diri :) Before tu dia suruh sape buat salah mengaku angkat tangan. Part sarung kaki BUM lepas :) Part anak tudung, half BUM angkat tangan! HAHA kena la pusing dewan tu 10 pusingan. Aku lari belakang Fana. Dalam pusingan 5,6 camtu la. Tiba tiba si Fana ni tersadung playwood. Tak penah ada orang tersadung pun time lari banyak pusingan ni dia pulak jatuh xD aku yang duduk belakang dia ni trkaku kejap. Tak tau nak tolong angkat ke nak tolong gelak HAHA. Dah la tersadung, terjatuh tu memang normal. Ni siap tudung pun terbukak sekali HAHA kantoi habis ah tak pakai anak tudung xD 


Korang ingat tak budak budak form 1 takut dengan kite? Aku rasa muka kite dah habis normal dah. Aku jelah kot garang sikit HAHA. Patu tiba tiba kat masjid ada budak hantar kat Ustaz "Kak BUM senyak sikit deh" natang ah budaak tu pun HAHA. Ada satu hari tu ada pulak budak hantar "Kak BUM ni cantik la. Baik hati pulak tu" Mau terkembang kempis kite semua time tu. Tapi malang ah kite tak dengar sebab kite semua tidur time tu HAHA terbongkang atas masjid :) bangun bangun je orang semua pandang pastu cakap kak BUM cantik kak BUM baik la HAHA. Muka sememeh je semua tak paham pape :D 


Lepastu ada spy exco kite bagitau exco ada mengumpat pasal BUM. Diorang tengah bincang nak tegur macam mana bila budak budak bising dalam masjid. Lepastu ada yang cakap "Cane nak tegur BUM? Diorang bising pun sebab baca buku. Cakap cakap tapi buku ada atas riba" HAHA kembang habissssss. Padahal sebab time tu nak PMR je pun. Tu yang rajin semacam je semua HAHA. Tapi kawan kawan aku memang semua rajin lekat dengan buku :) 

Kalau nak list semua benda yang kite semua buat memang penuh la satu blog aku ni. Banyak sangat sampai aku pun tak ingat. You guys are amazing :) Aku harap the next ten years, kite boleh gelak sama sama ingat semua benda yang kite dah buat. Semua kenangan yang kite dah cipta. Forget you never babes :')

Ingat tak ni? Paper Englis PMR :)

"... teenagers will look for long lasting relationships."
"... they continue their friendships with those who share similar interests with them and who would be with them through good or bad times."
"...they would also try to make friends with those who would share their success and failures."

And also would be together comes hell or high water. 
Come stiches or white plaster :)