Escape from reality

Jan 25, 2012

New school, new me .

Ini, aku. HAHA this is me in my new uniform. Macam sekolah rendah dulu dulu pun ada.

SMTG school's uniforms
Isnin: Tudung sekolah, baju sekolah, kain sekolah biru, stokin putih, kasut PVC bertumit.
Selasa: Tudung sekolah, baju korporat oren, kain hitam kipas belakang, stokin putih, kasut PVC bertumit.
Rabu: Tudung sekolah, baju sekolah, kain sekolah biru, stokin putih, kasut PVC bertumit.
Khamis: Tudung sekolah, baju korporat oren, kain hitam kipas belakang, stokin putih, kasut PVC bertumit.
Jumaat: Tudung sekolah, baju sekolah, kain batik biru SMTG, stokin putih, kasut PVC bertumit.

Macam rumit jugak la kalau hari hari kena tukar baju -.-" 
Tapi takpe, sila biasakan (:

Walaaaaaaaaa :D

Hey :) tadi ite pergi Carrefour, beli kasut Hikhik :P

 Ahah, thats my shoes. Left one. Lebih kurang centu ah, in black lah tapi. HAHA percaya tak percaya taaaaaaaak? Apa? Nak bawak pegi mana kasut ni? Nak pakai time bila? Hello yello, ni kasut sekolah aku -.-" hewhew. Kat Maahad ni stail satail budak skema je ni pakai kasut-kulit-sarung-jalan ni. Dan aku akan pakai ini minggu depan. Oh God! Berbunyi lah kau jalan lepasni Diba. Tak dapat dah la kau nak masuk kelas senyap senyap kut belakang. Tak dapat dah la kau nak kenakan orang. Hailah hailah hailah -_-" 

Ni dah masuk kasut ketiga untuk bulan Januari. Hewhew, memang kalau cikgu kata tak boleh pakai jugak kasut cantu, aku belasah je beli kasut ni pulak.
Kalau tak boleh jugak, aku sebat je punggung dia dengan tumit 5 inci kasut ni -.-" menyusahkan betul.

Adibah ladies next week. Haaaaahaaaa haaahaaa. Jom join :P ?

Jan 24, 2012

24 January was their anny :)

MWEHEHE happy anniversary Ayah Umi :) padan lah belanja kitorang snoWalk segala macam kan. Gambar ni time lunch kat Restoran Che Don <-- HAHAHAHA xD try kedai baru. Mahal gila si-ot. 

Tengah tengah tunggu order tu, send ah message kat Umi Ayah 

Happy anniversary, We love you (:

Aku tahan muka, Umi tahan muka, Ayah pun tahan muka. HAHA malu :3

Umi ayah, thanks for everything. Thanks for all guidance. Thanks for all cares. Thanks for all helps. Thanks for all supports. Thanks for all spends.We just love you so much. Muaaah sikeeeeet :* HAHA.


Snowalk on icity :D


iCity Malaysiaaaaaaaaa :'O hooooyeah.

 Mula mula ayah macam bermanis mulut je sebut pasal snoWalk kat iCity. Tiba tiba suruh search google pulak en en. Lepastu suruh siap siap lepas Asar dan terus pergi. MWEHEHE siapa jeles terjun KLCC. Sampai tu, mak datuk punya ulat memanjang wa cakap. Lepastu nak cari parking memang sentap ah. Payah payah -.-" lepas dapat park, da azan Maghrib. Meh aku pesan sikit, kalau nak datang icity en en, datang ah lepas dah semayang Maghrib kat rumah. Atau korang tengah period ke. Tapi kalau dah somangek sangat nak datang awal, bawak lah telekong sendiri. Ambik air semayang dari rumah pun okay jugak. Kenapa? Kenapa kau tanya? Datang sendiri, try solat, lepastu kau tanya balik kat aku kenapa. Okay? Kesal betul aku -.-" sempit nak mampus. Lepastu begegas lah (okay tipu) ke snoWalk. Dah pakai jaket apa semua. Ambik ah gambar sikit en. Sikit je ah.

 Sumpah ah sejuk tahap gaban dalam tu. Baru 5 minit aku duduk situ, dah rasa macam 1 jam. Dengan penyakit pelik aku tu lagi --" overall, macam boring sikit ah. Ayah kata Genting's better. Genting laaaaaaai! :D lepastu kitorang pun pergi lah archade sebab cuaca hujan. Ingat nak enjoy naik pirates ship tu. Tak jadi. TS laaaaaai! :D HAHA semua kau nak. Menghabiskan duit 20 hinggit kat situ saja. Redeem dapat ah balik 4 ringgit HAHA. Buat beli fishball xD

Gambar ni nampak terlebih ghairah pulak AHAKS xD saja nak menunjuk katak tu sebab aku habiskan card token 10 hinggit semata nak dapatkan katak tu untuk kakak. Sweet en? Dah, tak payah cakap HAHA. Bai bai.

Jan 23, 2012

Cerita budak baru masuk sekolah baru :D

Selasa - daftar SMTG.


HAHA selamba batak je kan nak datang lambat, rumah dekat bro :D datang datang dah ramai orang dah, daftar apa semua dapat kelas 4 Awam 3. Dapat asrama bilik G7. Lepastu nampak Siela, haha u save my day dude. Kalau tak macam kera sumbang lah aku kat situ, sorang sorang -.-" lepas beli barang kat koperasi apa semua, boleh masuk asrama. Aku dapat tingkat atas sekali. Sekali lagi -.-" macam kat MMP gak. Tapi ni lagi tinggi, tingkat 3, MMP tingkat 2 je. Merana ~ umi ayah pun naik sekali nak angkat barang barang semua. Kat MMP memang haram jadah ah parents nak masuk. Siap buat banner lagi HAHAHA. Lepas letak barang apa semua, balik rumah balik (ulang suara, rumah dekat) HAHA. Pukul 5 tu baru balik asrama balik.


Mula mula macam culture shock jugak lah, banyak beza woah MMP dengan Teknik.
  • Satu bilik aku ada 8 orang je, buat masa sekarang lah. Kat MMP dulu mau 40 orang bersesak nafas satu bilik.
  • Nak turun blok ke apa pakai tee lengan panjang bawah punggung pun dah lepas. Kalau kat MMP kena pakai jubah la telekung lah.
  • Semayang pakai baju kurung kat dalam, standard budak alim MMP. Panas gila siot.
  • Tak payah nak sibuk sibuk takut exco ambik nama tak pakai sarung kaki, tak wajib pun. Standard ah sekolah tak agama en.
  • Tempat prep tak payah pegi jauh jauh sampai sekolah. Prep kat bilik belajar kat blok masing masing. Kan ke senang -.-"
  • Aku kat Teknik bangun pukul 4 do, sape tak percaya boleh terjun lombong. Kat MMP punya liat nak bangun sampai 6.30. Kat sini mana boleeeeeeh brader.
  • Kalau dulu exco tak penah tengok aku Subuh kat masjid, sekarang aku duduk saf depan duh -.-" baca zikir before Subuh lepas solat baca Yaasin EVERYDAY kau boleh bayang? Hewhew.
  • Satu lagi, nak turun solat tu memang dah siap pakai baju sekolah apa semua. Standard budak form 1 MMP --"
  • Dulu memang aku burn ah duit umi kalau bab makan pagi kat DM, tapi sekarang, aku mana miss doh. Breakfast pun, yang grand grand je semua. Lunch ke Dinner ke, mana penah kat MMP menu ada udang, sotong semua ni. Supper pun kemain grand sebat mi hailam. Gila -.-"
  • Kat Teknik loker kitorang loker besi woah. Bukan lagi kayu, bukan lagi :D
  • Tandas dorm kat luar do, tak enak lansung. Dah la sempit. Takde tmpat basuh. MMP punya sumpah selesa. Dan ramai lah yang berbog* mandi kat situ -.-"
  • Maghrib kena turun awal. Kena baca Mathurat dengan Al-Mulk ramai ramai. Kat MMP dulu takde pun. Nafsi nafsi je semua. Kan?
  • Tang peraturan, sumpah la lain nak mampus. Yang aku boleh state haram sekarang phone dengan mp3 mp4 radio tu je. Yang lin, layaaaaan ~ novel, komik, tights, shorts, lagging, sleeveless semua kau bantai lah. Tak kena pape punyeee. 
  • Lagi satu, camera kat sekolah memang kira legal lah. Kat MMP tu kena tunggu ada event besar baru boleh bawak. Tu pun siap kena beli permit jadah haram tu. Hadui.
  • Kat Teknik dia macam ada masa senior masa junior tau. Macam seperate ah, tak boleh sekali. Kalau tak nanti ada la kena, centu ah lebih kurang.
  • Kat Teknik mana panggil form 4 form 5 form 6 ni. Panggil junior, senior dengan super senior. Macam grand kan? HAHA boyan.
Kalau nak cerita semua memang aku pun tak hengat. Banyak sangat gayanya. Yang pasti, warden aku Ustaz Zamri suka sangat amik gambar macam warden aku, Ustaz Mad Noor :') Tu jelah kot yang serupa. HAHA tapi aku rindu MMP lebih la. Kawan kawan mau nya payah nak cari yang macam BUM, yang macam Jeffreaks, yang macam KKS, yang macam budak berulang. Payah sangat :') tu je buat masa sekarang. Assalamualaikum.

Jan 16, 2012

Yo bro. I miss you bro.


Wangsa Walk | 29 Dec | 2011
  

Jan 15, 2012

Applied . Offered . MOVED .

Im at home.
Itu perkara pertama.


Kedua, aku tengah tahan siksa. Siksa merindu. Siksa teringat. Siksa rasa bersalah. Siksa. Tahu siksa? Pffftttt -________-"


Ive got an offer for SMT Gombak. Then fam aku pun datang nak settle up those things. Aku bagi jawapan nak pindah, then they came over. Never expect it will be so SOON. Aku tahu pasal offer hari Khamis petang. Kena blah MMP hari Ahad. Kena campak SMT Gombak hari Selasa. Esok dah Isnin. God -o-"


First of all. BUM, i am so so so sorry for not telling this earlier. I was abt to think that you might be crying. Sebab tu aku taknak bagitau. Ha ha, aku kenal lah korang acane :P Maybe korang nak cakap aku kejam. Aku jahat. Aku tak baik. Sebab cakap kat korang yang aku nak pindah, one day before. Sue me, i am. Aku taknak korang tau pun sebenarnya (lagi kejam) sebab i wont let any tears drop just because of me #ececeh ayat kau membangga diri. Tapi sumpah weh, air mata korang tu memberatkan lagi hati aku yang berat ni nak melangkah.


Petang Jumaat, kemas barang. Loker kosong. Sama macam hari first aku datang asrama. Wawa tak tolong, aku tak bagi pun. Dia tengok je. Tengok diiringi muka seposen haktuih dia tuh. Beghaaaak beghaaaak -.-" Buat tak nampak je muka dia tu. 


Lepastu kitorang pergi breakfast (petang). Memang aku bawak keluar habis duit dalam bank. Ha ha hiperbola. Then kitorang pun pergi try White Chicken Bistro. Wawa dah lama nak makan situ. Ajak Hasya, tak boleh datang pullok :O So kitorang pun bantai dua orang. Mak bapak datuk nenek aku pun tak penah tengok aku makan ayam saiz kambing tu -.-" besar. Dan boleh bolehnya pulak straw Wawa tu berlubang saiz jari kelingking? Gila lah -.-" 


Lepastu layan CC. Wawa dengan Edward dia tu :P Aku ni duk melayan perasaan sorang sorang post secreto secreto. Taknak orang tahu aku nak pindah tapi nak post jugak, acane tu? AHAHA. Hajat nak jumpa VOC before blah. Tapi diorang ada event dekat Pasir Mas. So takpe lah kan, fikir kat KL ada lagi :) then balik. 


Malam tu. Wawa tidur awal gila. Sumpah aku tak boleh duduk diam. Kejap kejap termenung. Kejap kejap berfikir. Kejap kejap sengih. Kejap kejap sedih. Layan perasaan ~ Lepastu tertidur dengan tak mandi, tak solat Isyak nya. Nasib baik tebangun pukul 5. Hewhew. 


Esok nya memang taknak keluar. Malas nak pakai baju asrama (memang takde pun HAHA) lepastu golek golek golek golek. Fikir nanti dah payah nak datang Kelantan. KB - KL bukan macam PT - Mydin do. Lepastu Wawa pun usul suruh keluar, pergi jumpa Fakhri. Bincang bincang bincang, jumpa lah dekat KFC.


Ahaks, mata Fakhri merah :') pasal apa wa pun tatau. Cakap cakap sikit je, then balik. Peh, mendalam ~ tengok VOC pun macam sebak di dada. Soon ill leave, and left them. Lepastu balik. Sekali dengan Hasya. Selamba badak lah aku nya kan last day. Masuk KFC, pergi CC, solat kat Parkson, pakai jubah, sarung kaki tadak, balik lewat. Mengancam dua kali ganda ni HAH HAHAHA xD 


Balik asrama, duduk kejap lepastu Umi datang. Nak ambik barang aku. Luggage dengan kotak dah selamat aku sorok kat masjid. Ahaks. Time nak bawak bekas mandi tu lah spoil nya terserempak dengan 3 dara pingitan tu. Fana, Tasneem, Anis. Aku bantai je cakap nak setinggan. Rasa bodoh pulak jawapan tu -.-" nak cover punya pasal haktuih.


Lepastu Hasya dah buat ala ala drama Hindustan part hero kena tembak. She cried. Halah halah, lemah betul lah. Hidung dah macam clown dah pun nak tipu orang kata rasa bersalah solat Asar lewat. Memang bernas -.-" dekat pondok menunggu, Hasya dengan Wawa boleh pulak buat berduet menangis. Aku nampak, tapi buat buat tak nampak. Taknak tengok, nanti makin sedih.


Malam tu, BUM dah macam agak agak je aku pindah. Cuma tak dengar dari mulut aku sendiri je. Aku pun habis menahan diri, menahan riak muka semua lah. Then i decided to tell them that night. Turun bilik dua bawak makanan yang Umi bagi petang tu. Nasi minyak. Aku tak makan lah tapi, Bro, tadak selera. Bantai je cakap aku tak suka nasi minyak -.-" time diorang tengah makan tu lah aku bagitau yang aku nak pindah. Mula mula okay lagi, lepas aku cakap nak pindah ESOK, mula mula Hasya, pastu Tasneem, pastu Anis, pastu Wawa, pastu Fana. Menangis. Ni lah, ni lah ni lah ni lah yang aku tak nak tengok sangat nya. Lepastu nasi minyak tu pun tak habis. Memang rasa silap timing pun aku bagitau. Adehh -.-" lepastu sorang sorang hidung badut. Kalau lah ada DSLR time tu kan best. Aku, still senyum macam kambing.  Sampai lah aku kena perah otak buat lawak membina, baru diorang gelak. Anis jelah, lama sikit. Aku faham, aku tinggal dia sorang sorang. Sorang sorang kelas Akaun, sorang sorang skuad form 4 Bomba. Sorry Anis. Bersalah gila dengan kau T.T


Pagi Ahad, turun blok lewat. Duk kemas barang tu lah. Nak kena letak tempat sorok sikit taknak orang nampak. Kan taknak bagitau orang :P ihik. Hari last en, selambe sekali lagi lah aku nya. Pakai hairband, crocs, sarung kaki, bawak phone, belajar kelas Wawa, bila Umi datang, keluar ikut pintu belakang macam nak mampus HAHA. Mintak tanda tangan PK tu punya lah hal. Kalau aku duduk situ sampai dia habis bercakap, memang bernanah dulu lah telinga. Orang nak sign je pun, cerita habis pengalaman dia -.-" Lepastu nak hantar buku teks, ada la sorang dhobitoh nyekik tanya "Bakpo tok paka kasut? Protes ko?" dengan muka yang mintak aku tampar pipi dia sampai lanjut -.-" Lepas settle apa semua, lepak jap dengan diorang sambil tunggu Ayah sesat cari YIK. Hayatilah masa masa terakhir anda :') gelak ketawa apa semua. Lepastu Kak Mieyah lalu, menyorok aku HAHA. Dia lah orang yang paling aku taknak jumpa harini -.-" lepastu sek sek ni panggil dia. Aku pun cakap jelah, intak maaf apa semua. Haih -.-" Ayah sampai memang kalut ah semua. Hasya Tirah keluar kelas. Tasneem Fana tak boleh, itime Ustaz Mad Nor, Wawa dengan Ulfah memang tak masuk kelas dah. Nak panggil yang lain memang tak sempat lah. Ambik gambar sikit, lepastu blah. Sorry guys -__-" i have to. 


Lepastu balik hotel. Hotel tu dekat depan Mydin je pun, aku tengok tingkap, nampak bangunan baru MMP, sengih :') Tukar baju, pergi makan kat Pasar. Or certain people call it PSK. Hewhew ~ Hayati kejap, bila lagi lepasni nak makan kat situ :') banyak kenangan oh. Lepastu masuk kereta awal, and macam spoil gila lah kan. Ce skroll atas, aku simpan barang kat masjid en? Sebab nak sorok en? Last sekali tak ingat nak hambik, padan muka kau nak dramatik sangat ==" kena libas seminit dua dengan Tuanku. Malang malang.


Dalam perjalanan tu, lalu kat Nilam Puri. Tengok tempat MASSAK, sengih :') MASSAK, pingpong for two years. Menang, kalah, frust semua ada. Lepastu teruskan perjalanan. Nampak sekolah je mesti aku pandang. Terfikir acane sekolah aku nanti -.-" Lepastu NWNC call, diorang kata aku kencing hancing lah sebab cakap aku pindah. Eg lah tukang bicara. Siap suruh promote dia lagi kat sekolah baru, tulul -.-" Lepastu berhenti solat kat Karak, nampak orang jual pau, teringat kat Wawa, sengih :') then arrived home. Mula mula Hasya call :) lepastu Anis pulak. Dengar kat belakang ramai ramai kata "Diba, rindu mu" HAHA :') lepastu Syaza pulak call. Lepastu online dan tak tidur sampai sekarang. Tiba tiba Kak Min IM aku "Timbalan teww, jago Bomba molek" sebok sekali lagi aku ni T.T abaikan.. Biasa nya time ni aku tengah berkira kira nak tidur kat mana, nak menyelit ke nak tidur atas tilam kat lantai HAHA. Hasya tidur dengan sape eh agak agak? BUM tengah buat apa eh? Aku rindu korang. Semua aku rindu.


Esok nak pergi cari barang sekolah apa semua. Malas nak masuk sekolah baru dengan takde kawan -.-" kang lebih kurang foreigner je aku ni kang. Dah la tak reti tegur orang. Masalah -.-" Doakan yang terbaik untuk aku nak duduk asrama. Lagi bagus kalau doa aku berulang je terus. Terima kasih dan terima kasih.


Rindu korang. Sangat :')