Escape from reality

Jan 15, 2012

Applied . Offered . MOVED .

Im at home.
Itu perkara pertama.


Kedua, aku tengah tahan siksa. Siksa merindu. Siksa teringat. Siksa rasa bersalah. Siksa. Tahu siksa? Pffftttt -________-"


Ive got an offer for SMT Gombak. Then fam aku pun datang nak settle up those things. Aku bagi jawapan nak pindah, then they came over. Never expect it will be so SOON. Aku tahu pasal offer hari Khamis petang. Kena blah MMP hari Ahad. Kena campak SMT Gombak hari Selasa. Esok dah Isnin. God -o-"


First of all. BUM, i am so so so sorry for not telling this earlier. I was abt to think that you might be crying. Sebab tu aku taknak bagitau. Ha ha, aku kenal lah korang acane :P Maybe korang nak cakap aku kejam. Aku jahat. Aku tak baik. Sebab cakap kat korang yang aku nak pindah, one day before. Sue me, i am. Aku taknak korang tau pun sebenarnya (lagi kejam) sebab i wont let any tears drop just because of me #ececeh ayat kau membangga diri. Tapi sumpah weh, air mata korang tu memberatkan lagi hati aku yang berat ni nak melangkah.


Petang Jumaat, kemas barang. Loker kosong. Sama macam hari first aku datang asrama. Wawa tak tolong, aku tak bagi pun. Dia tengok je. Tengok diiringi muka seposen haktuih dia tuh. Beghaaaak beghaaaak -.-" Buat tak nampak je muka dia tu. 


Lepastu kitorang pergi breakfast (petang). Memang aku bawak keluar habis duit dalam bank. Ha ha hiperbola. Then kitorang pun pergi try White Chicken Bistro. Wawa dah lama nak makan situ. Ajak Hasya, tak boleh datang pullok :O So kitorang pun bantai dua orang. Mak bapak datuk nenek aku pun tak penah tengok aku makan ayam saiz kambing tu -.-" besar. Dan boleh bolehnya pulak straw Wawa tu berlubang saiz jari kelingking? Gila lah -.-" 


Lepastu layan CC. Wawa dengan Edward dia tu :P Aku ni duk melayan perasaan sorang sorang post secreto secreto. Taknak orang tahu aku nak pindah tapi nak post jugak, acane tu? AHAHA. Hajat nak jumpa VOC before blah. Tapi diorang ada event dekat Pasir Mas. So takpe lah kan, fikir kat KL ada lagi :) then balik. 


Malam tu. Wawa tidur awal gila. Sumpah aku tak boleh duduk diam. Kejap kejap termenung. Kejap kejap berfikir. Kejap kejap sengih. Kejap kejap sedih. Layan perasaan ~ Lepastu tertidur dengan tak mandi, tak solat Isyak nya. Nasib baik tebangun pukul 5. Hewhew. 


Esok nya memang taknak keluar. Malas nak pakai baju asrama (memang takde pun HAHA) lepastu golek golek golek golek. Fikir nanti dah payah nak datang Kelantan. KB - KL bukan macam PT - Mydin do. Lepastu Wawa pun usul suruh keluar, pergi jumpa Fakhri. Bincang bincang bincang, jumpa lah dekat KFC.


Ahaks, mata Fakhri merah :') pasal apa wa pun tatau. Cakap cakap sikit je, then balik. Peh, mendalam ~ tengok VOC pun macam sebak di dada. Soon ill leave, and left them. Lepastu balik. Sekali dengan Hasya. Selamba badak lah aku nya kan last day. Masuk KFC, pergi CC, solat kat Parkson, pakai jubah, sarung kaki tadak, balik lewat. Mengancam dua kali ganda ni HAH HAHAHA xD 


Balik asrama, duduk kejap lepastu Umi datang. Nak ambik barang aku. Luggage dengan kotak dah selamat aku sorok kat masjid. Ahaks. Time nak bawak bekas mandi tu lah spoil nya terserempak dengan 3 dara pingitan tu. Fana, Tasneem, Anis. Aku bantai je cakap nak setinggan. Rasa bodoh pulak jawapan tu -.-" nak cover punya pasal haktuih.


Lepastu Hasya dah buat ala ala drama Hindustan part hero kena tembak. She cried. Halah halah, lemah betul lah. Hidung dah macam clown dah pun nak tipu orang kata rasa bersalah solat Asar lewat. Memang bernas -.-" dekat pondok menunggu, Hasya dengan Wawa boleh pulak buat berduet menangis. Aku nampak, tapi buat buat tak nampak. Taknak tengok, nanti makin sedih.


Malam tu, BUM dah macam agak agak je aku pindah. Cuma tak dengar dari mulut aku sendiri je. Aku pun habis menahan diri, menahan riak muka semua lah. Then i decided to tell them that night. Turun bilik dua bawak makanan yang Umi bagi petang tu. Nasi minyak. Aku tak makan lah tapi, Bro, tadak selera. Bantai je cakap aku tak suka nasi minyak -.-" time diorang tengah makan tu lah aku bagitau yang aku nak pindah. Mula mula okay lagi, lepas aku cakap nak pindah ESOK, mula mula Hasya, pastu Tasneem, pastu Anis, pastu Wawa, pastu Fana. Menangis. Ni lah, ni lah ni lah ni lah yang aku tak nak tengok sangat nya. Lepastu nasi minyak tu pun tak habis. Memang rasa silap timing pun aku bagitau. Adehh -.-" lepastu sorang sorang hidung badut. Kalau lah ada DSLR time tu kan best. Aku, still senyum macam kambing.  Sampai lah aku kena perah otak buat lawak membina, baru diorang gelak. Anis jelah, lama sikit. Aku faham, aku tinggal dia sorang sorang. Sorang sorang kelas Akaun, sorang sorang skuad form 4 Bomba. Sorry Anis. Bersalah gila dengan kau T.T


Pagi Ahad, turun blok lewat. Duk kemas barang tu lah. Nak kena letak tempat sorok sikit taknak orang nampak. Kan taknak bagitau orang :P ihik. Hari last en, selambe sekali lagi lah aku nya. Pakai hairband, crocs, sarung kaki, bawak phone, belajar kelas Wawa, bila Umi datang, keluar ikut pintu belakang macam nak mampus HAHA. Mintak tanda tangan PK tu punya lah hal. Kalau aku duduk situ sampai dia habis bercakap, memang bernanah dulu lah telinga. Orang nak sign je pun, cerita habis pengalaman dia -.-" Lepastu nak hantar buku teks, ada la sorang dhobitoh nyekik tanya "Bakpo tok paka kasut? Protes ko?" dengan muka yang mintak aku tampar pipi dia sampai lanjut -.-" Lepas settle apa semua, lepak jap dengan diorang sambil tunggu Ayah sesat cari YIK. Hayatilah masa masa terakhir anda :') gelak ketawa apa semua. Lepastu Kak Mieyah lalu, menyorok aku HAHA. Dia lah orang yang paling aku taknak jumpa harini -.-" lepastu sek sek ni panggil dia. Aku pun cakap jelah, intak maaf apa semua. Haih -.-" Ayah sampai memang kalut ah semua. Hasya Tirah keluar kelas. Tasneem Fana tak boleh, itime Ustaz Mad Nor, Wawa dengan Ulfah memang tak masuk kelas dah. Nak panggil yang lain memang tak sempat lah. Ambik gambar sikit, lepastu blah. Sorry guys -__-" i have to. 


Lepastu balik hotel. Hotel tu dekat depan Mydin je pun, aku tengok tingkap, nampak bangunan baru MMP, sengih :') Tukar baju, pergi makan kat Pasar. Or certain people call it PSK. Hewhew ~ Hayati kejap, bila lagi lepasni nak makan kat situ :') banyak kenangan oh. Lepastu masuk kereta awal, and macam spoil gila lah kan. Ce skroll atas, aku simpan barang kat masjid en? Sebab nak sorok en? Last sekali tak ingat nak hambik, padan muka kau nak dramatik sangat ==" kena libas seminit dua dengan Tuanku. Malang malang.


Dalam perjalanan tu, lalu kat Nilam Puri. Tengok tempat MASSAK, sengih :') MASSAK, pingpong for two years. Menang, kalah, frust semua ada. Lepastu teruskan perjalanan. Nampak sekolah je mesti aku pandang. Terfikir acane sekolah aku nanti -.-" Lepastu NWNC call, diorang kata aku kencing hancing lah sebab cakap aku pindah. Eg lah tukang bicara. Siap suruh promote dia lagi kat sekolah baru, tulul -.-" Lepastu berhenti solat kat Karak, nampak orang jual pau, teringat kat Wawa, sengih :') then arrived home. Mula mula Hasya call :) lepastu Anis pulak. Dengar kat belakang ramai ramai kata "Diba, rindu mu" HAHA :') lepastu Syaza pulak call. Lepastu online dan tak tidur sampai sekarang. Tiba tiba Kak Min IM aku "Timbalan teww, jago Bomba molek" sebok sekali lagi aku ni T.T abaikan.. Biasa nya time ni aku tengah berkira kira nak tidur kat mana, nak menyelit ke nak tidur atas tilam kat lantai HAHA. Hasya tidur dengan sape eh agak agak? BUM tengah buat apa eh? Aku rindu korang. Semua aku rindu.


Esok nak pergi cari barang sekolah apa semua. Malas nak masuk sekolah baru dengan takde kawan -.-" kang lebih kurang foreigner je aku ni kang. Dah la tak reti tegur orang. Masalah -.-" Doakan yang terbaik untuk aku nak duduk asrama. Lagi bagus kalau doa aku berulang je terus. Terima kasih dan terima kasih.


Rindu korang. Sangat :')



No comments: